Terus ke kandungan
001439730A / 200303138819
Tepak Sireh Hantaran

Warisan Melayu

Sejarah tepak sireh

Tepak sireh, juga dieja tepak sirih, digunakan dalam adat meminang, bertunang dan perkahwinan Melayu. Kajian UiTM meneliti bentuk, bahan dan maknanya dalam koleksi muzium di Malaysia.

Rujukan: kajian UiTM (2018) dan sumber di bawah

Bentuk tepak sireh dalam koleksi muzium

Kajian UiTM meneliti 17 tepak sireh di enam muzium, termasuk Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam. Sebelas berbentuk segi empat, empat bulat dan dua heksagon. Bentuk bulat dikenali sebagai puan.

Lapan set dalam kajian itu berasal daripada koleksi kerabat diraja, termasuk tepak sireh Sultan Abdul Samad.

Bahan tepak sireh tradisional

Kajian itu merekodkan lapan set tembaga, lima kayu, tiga perak dan satu loyang. Bahan dan hiasannya berkait dengan kedudukan pemilik.

Pada tepak sireh coklat kami, kemasan mentega koko berwarna emas meniru kilauan logam pada set tradisional.

Motif awan larat pada tepak sireh

Awan larat ialah corak sulur daun dan dahan yang berulang. Kajian UiTM menghuraikan motif kosmos, flora, fauna, geometri dan khat pada seni ukiran Melayu.

Antara prinsipnya: dahan baharu muncul dari belakang atau bawah dahan asal, dan hujung daun tidak mencucuk daun di sebelah. Prinsip ini dikaitkan dengan adab menghormati orang lain.

Motif awan larat menjadi rujukan untuk ukiran tangan pada dinding tepak sireh coklat kami.

Tepak sireh sebagai hantaran coklat

Kami menggunakan bentuk tepak sireh tradisional sebagai rujukan untuk hantaran kahwin dan bertunang daripada coklat.

Dinding, cembul, daun sirih dan kacip boleh dimakan. Nama pasangan diukir pada plak hadapan.

Tepak Sireh Hantaran daripada coklat

Lihat kandungan set, harga dan pilihan ukiran nama sebelum membuat tempahan.

Sumber rujukan

Sebut hargaWhatsApp

Boleh kami tahu nama anda?

Supaya kami boleh sapa anda dengan nama di WhatsApp.

Teruskan ke WhatsApp

Kami hanya simpan maklumat yang perlu untuk urusan tempahan anda. Notis privasi